Pengalaman Bersalin di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan

November 23, 2017

Assalamualaikum.. Allahu, it has been so long since my last post. It feels so weird to be writing on the blog since I haven't blog for so long. Referring to the title, YES! Alhamdulillah, I delivered my precious first baby last September. Therefore, since I'm still on my maternity leave, so I have lots of spare time *after the baby sleeps of course*, I decided to write a post basically about my experience delivered in HTAA, Kuantan. With that, I also decided to write in Malay (maybe campur English sikit haha)  because everyone could understand it better. 

Okay, first of all, mungkin apa yang I nak share ni is only based on my experience. Tak semestinya apa yang I lalui sama macam orang lain jugak. Sebelum tu, nak cerita pasal preparation sebelum bersalin. Selain nak prepare semua barang baby, kewangan lepas dah ada anak, fizikal dan mental, I memang menitikberatkan pasal dekat mana I nak bersalin. Yelah, this is my first time, tak nak lah dapat pengalaman yang teruk sebab takut dah tak bersalin lagi dah ahahah. So, memang kalau ada free time je, akan search kat internet kat mana yang best untuk bersalin kat Kuantan ni. Since I'm not familiar with Kuantan sebab husband je kerja sini, so memang berdebar betul nak cari tempat 'best' untuk bersalin haha. 

Di Kuantan ni, I perasan ada tiga tempat yang orang selalu sebut-sebut. HTAA (gov), KMC dengan Al Farabi kot (these two Private). So, my husband memang cakap awal-awal suruh I bersalin dekat KMC sebab dia dekat sangat dengan rumah kitorang, but bila tengok rate I fikir macam, seriouslah nak bayar banyak ni untuk bersalin. ALahai, aklau dah nama private hospital, mana lah ada yang murah. Husband I selalu cakap, dia memang ada saving untuk I bersalin dekat private, tapi I rasa bersalah haha. Boleh bayangkan tak, contoh nya (secara kasar sahaja): I bersalin normal takde ape masalah so I kene bayar RM 3k for that. Bilik sendiri, husband boleh teman and all. But if I tiba-tiba tak boel deliver normal, kne czer, please prepare more than that. Nak tahu berapa google lah sendiri. So lepas berbincang dengan husband and family, I buat keputusan nak bersalin dekat hospital kerajaan je. Lagipun I kakitangan kerajaan so everything is free gaiss. Bak kat mama, bersalin mana-mana, sakit sama juga herher

So, bila dah keluar tanda-tanda nak bersalin, kita kene daftar dulu dekat Low Risk . Kat sini tempat yang dia akan buat saringan awal. Dia akan cek ECG, seluk tengok bukaan dan anything yang dia perlukan untuk decide sama ada kita kene terus gi labour room ke, warded dulu ke or balik rumah haha. Macam I, I dua kali kene saring before bersalin. Kali pertama, kene balik, kali kedua, Dr nasihatkan I untuk warded sebab air ketuban I dah pecah but I takde rasa contraction pun, darah tak turun and bukaan pun 1cm je. Memang kalau hospital kerajaan kalau 1cm je bukaan memang boleh balik dulu rumah, tapi disebabkan I dah pecah air ketuban, baby kene keluar dari perut dalam masa 24 jam. So, I pun kene warded lah secara paksa-rela haha. Demi baby dan kesihatan I jugak kan. 

Since I kakitangan kerajaan, I boleh mintak for ward first class. Tapi memang takde rezeki masa tu, takde kosong so I duduk second class. Ok macam ni. I pernah kene admit dekat Hospital Sultanah Aminah (HSA) , JB. At first kene admit kat ward third class sebab, katil takde kosong kat first and second class. Untuk orang yang baru pertama kali admit ward, I masa tu macam shock sebab macam ramai nya orang in a ward. hahaha Ward dia panjang and ada banyak banyak katil sampai kat tengah pun letak katil. I tak kisah pun, katil hospital rasanya sama je tilam dia cuma suasana bila dah ramai-ramai ni lain macam. Dengar orang sakit contraction dekat-dekat je. dahlah kita ni first time nak bersalin kan. Not forget to mention, ward tu panas. Haha dahlah I masa mengandung rasa panas je 24 jam. I redha je tapi, lepas tu dah nak petang baru dapat admit first class, alhamdulillah. 

Di HTAA,  second class dia tak ramai sangat. Macam dalam satu space ada 4 orang je. Bilik air pun pisah walaupun tempat dia sama. compared to HSA,JB, HTAA tak padat and more relaxed sebenarnya. For me, duduk kat second class pun dah sangat okay. Dua hari jugak bertapa dekat dalam ward and I pun bersalin....

Bercakap pasal bersalin, I tak boleh nak cakap pasal labour room sangat sebab I rabun. Hahaha.. ceritanya macam ni. I kene induced. Sepatutnya kalau you kene induced, you dah sepatutnya rasa sakit dalam masa 4-6 jam so you boleh bersalin. Orang bersalin ni kene rasa sakit contraction, kalau tak macam mana nak teran anak tu haha. So, since I tak sakit-sakit and bukaan still 2 cm je, Dr decide nak masukkan induced sekali lagi esok pagi. So malam tu I memang berazam nak tido sebab I tahu esok silap-silap I kene bersalin dah. Tapi tak dapat sebab dalam pukul 9 malam macam tu, I memang dah mengadu kat nurse I sakit contraction siap dah ambil pain killer lagi. Tapi around pukul 10 malam I dah rasa contraction makin kerap-5 minutes, by the time dah nak tengah malam, I rasa macam nak terberak haha.. so bila Dr check, I dah buka7 cm and terus dorang sorong I pergi labour room. Since I tak sempat cermin mata pun, so I tak perasan sangat labaour room tu macam mana. Apa yang I ingat, labour room dia satu bilik besar with a lot of partitions.. dia macam pisah kan setiap section tu   dengan langsir hospital yang biasa tu. I tak tahu lah kalau ada labour room lain, tapi I beranak dekat situ .I can hear orang sebelah nk bersalin jugak huhu but maybe ada labour room lain but since I ni kes emergency dah terberanak dah, maybe I dapat labour room macam tu kot.

Berkenaan dengan staffs and doctors, semua sangat baik dan membantu terutamanya kalau kita dah start contraction. I takde lah kes kene marah ke ape ke dengan nurses and doctors. Nurses mmg majoriti and I think semua perempuan but doctors lelaki. Kalau ada yang tanya I boleh request doctor lelaki ke perempuan, to be honest I tak tahu sbb I tak request. I think hospital nowadays, dia bagi request doctor.

Having said that, itu sahaja lah pengalaman I masa bersalin di HTAA. For me, personally, hospital government is not that bad. Layanan mmg okay. But you cant expect nak dapat layanan macam anak raja kalau you pay almost nothing or you pay cheap. Terpulanglah kepada individu tu. Macam I, layanan macam tu pun I dah rasa sangat-sangat best dan bersyukur sebab yang paling penting, I dengan baby selamat. Alhamdulillah.. that's all for my sharing :)

Like us on Facebook

Flickr Images