semester break rants 2.0

July 04, 2013

Assalamualaikum..

Ha, ya. Ini post sambungan kepada post sebelum dan sebelum ni.. hehe... Okay, hari ni tak panjang kut membebel..cume nak cerita sikit pasal hari sukan Kejohanan Olahraga dan Balapan Kali 43 sekolah yang aku kerja sekarang ni. Disebabkan aku hanya ditugaskan untuk semasa kejohanan aje, jadi takdelah penat letih letih sampai knackered. hoho.. 

Untuk kejohanan ni, aku ditugaskan jadi hakim balapan. Tau tak ape hakim balapan?? Okay, hakim balapan ni kerja dia bg nombor kat peserta bila dia smpai garisan penamat. Hakim balapan kene catat sape dapat nombor 1,2,3 dan seterusnya. Oh kalau macam acara 1500m- dimana peserta kene lari 4 pusingan padang, hakim balapan juga bertanggungjawab untuk catat berapa kali dah dia pusing padang. Nampak macam senang je kan? Tapi pada aku, blh tahan mencabar KALAU tak cukup AJK. Contohnya macam acar larian 100m Lelaki- acara ni, mmg paling laju dalam dunia. Lepastu kalau kau tak tgk betul2, jarak antara peserta pertama dgn peserta kedua mmg tak banyak. Huh, aku kecut je perut kalau time pelepas lepaskan budak budak lelaki ni lari.

Untuk sekolah ni, aku rasa sambutan kurang meriah sikit. Mungkin sebab kitorang pinjam padang sekolah lain, sbb sekolah ni takde padang. Lepastu kerjasama students dalam participation pun kau kene makan hati dulu lah baru dapat. Perbarisan rumah sangat simple,takde maskot, takde khemas berhias, takde kawad dari unit beruniform, takde ikrar, dan paling penting sekali, kau tak tau pun students ni rumah ape, sebab mostly dorang pkai baju PJK sekolah bukan baju warna rumah sukan. Erm,, lain sekolah lain budaya yedak?

Tapi Alhamdulillah, sume berjalan dengan lancar. Tapi tadi cuak gak, sbb tibe-tibe hujan lebat. Kalau ikutkan cikgu-cikgu ni nak teruskan je, tapi demi keselamatan atlet tu, kitorang tangguh sbb ade guruh petir. Aku yang terdampar kat tengah-tengah khemah kat padang pun basah gaklah sbb angin kuat. Balik-balik terus mandi, takut demam pulak kan..So, juara rumah - Rumah Tempua (warna kuning). Thank God esok Jumaat :) hehe maksudnye aku dapat weekend! jyeahhh~ dan paling best, lepas waktu rehat besok, ade acara bersempena Ramadhan. Takde kelas. Heaven!




terima kasih buat Encik Fizi tulang belakang Pekan Nanas, atas ihsan gambar :)

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images