everything will go back to The One

July 03, 2013

Assalamualaikum...

Ha, nak komen sikit pasal isu Syiah yang makin menjadi-jadi  kat Malaysia ni especially bila ade seorang yang berprofile tinggi kat Malaysia ni mengaku yang dia berhaluan Syiah. Okay. Untuk post ini, apa yang ingin disampaikan hanyalah berdasarkan pemikiran aku sebagai seorang Muslim yang masih cetek tentang ilmu agama dan juga amalan yang kurang sempurna. But I decided to speak up since this is involving my religion and faith. What I'm going to say here is I want to be part of those people who deliberately believe that Syiah is not acceptable especially in the context of Islam in Malaysia.

Okay, perkataan Syiah ni, first time dengar masa belajar kat sekolah-sama ada sekolah agama or sekolah harian biasa. Aku tak sure ape sebenarnya erti Syiah yang sebenar, tetapi Syiah ni dia satu golongan umat Islam yang mengagung-agungkan Saidina Ali R.A sewaktu pemilihan khalifah selepas kematian Rasullullah S.A.W. dan juga banyak menentukan hukum yang bercanggah dengan yang sebenarnya. And aku sangat pasti, sebagai umat Islam kita tak sepatutnya perfahaman Syiah ni. Sebaliknya kita seharusnya berfahaman Sunni atapun Ahli Sunah Waljamaah kerana fahaman ni lebih tepat dan berlandaskan Al-Quran dan sunnah. Aku harap aku tak salah dalam mendifinisikan apa tu Syiah dan Sunni/ Ahli Sunnah Waljamaah.

Pada mulanya, aku tak aware pasal cerita syiah ni. Tapi satu hari tu, ade lah seorang hamba Allah ni msg aku  sbb dia nak jumpa lepas nak dekat 8 tahun jugaklah tak jumpa. lepastu dia tiba2 je mentioned pasal syiah ni..

" Korang sunni, mana boleh kepala dgn syiah.haha"
"Beres.. nanti boleh lah aku komuniskan korang sekali"


Aku agak terkejut lah sebab hamba Allah ni dia ada pelajaran agama yang tinggi kalau nak dibandingkan dengan aku. So, pada aku, kalau kau rasa fahaman Syiah ini adalah fahaman yang benar- diharap self-checked diri tu dulu. Mari kita ambil contoh : 1) nikah mut'ah- nikah kontrak. Aku mmg ingat sangatlah sebab baru periksa pasal nikah2 ni final hari tu mengatakan bahawa nikah mut'ah ni tak sah disisi agama.

Walhal Syiah menghalalkan nikah mut'ah ni.  2) solat jamak dan qasar- Rukhsar solat yang Allah beri untuk para musafir yang jarak perjalanan lebih 2 marhalah dan tidak bermaustatin setempat lebih daripada 3 hari. Tetapi Syiah anggap, solat jamak ni tak perlukan apa2 niat dan boleh dilakukan bila-bila sahaja.

Yang terbaik-rujuk kepada yang lebih pakar tentang fahaman Syiah ni. Pada aku, kalau kau tak tanya kat pakar pun kau dah boleh nmpk dah yang Syiah ni terpesong. Agama Allah itu satu-so hukumnya tetap sama untuk semua orang. Aku rasa trend sekarang ni lebih kepada mengikut-ikut. Contohnya, kalau kau ade kawan yang percaya Syiah-kau pun sibuk nak ikut percaya Syiah.

Pesan aku kepada yang suka naa ikut ikut orang ni.. aku rasa kau boleh amik balik buku text agama kau masa sekolah dulu, baca balik, fahamkan. Itu paling senang. Tak perlulah kau nak baca kitab-kitab yang tak tau sahihnya. Semua ni akan berbalik kepada apa yang Al-Quran dan Sunnah Rasulullah. Astaghfirullahalzim..kalau post ni menampakkan yang aku ni sombong dan bajet tau pasal agama, moga Allah ampunkan aku. Harapnya, siapa yang tetap percaya tentang faham Ahli Sunnah Waljamaah tak sesekali terlintas kat fikiran bahawa fahaman Syiah itu yg kita kne ikut. Semoga ketetapan iman dan ketenangan diberikan. Janganlah sibuk nak bergaduh tentang perkara sia-sia yang sememangnya kita dah tau apa kebenaranya. Wallahualam.

Post ni jugak nak menyeru sume supaya amik tahu pasal saudara kita dekat Syria yang ade kene mengena dengan Syiah ni. Siapa lagi nak tolong dorang kalau tak kita sesama Islam. Kalau susah nak sumbangkan benda-benda yang besar, sekecil-kecil hal pun boleh membantu sedikit sebanyak-doa, boikot, share pasal hal Syria ni untuk orang lain tau kebenaran yang sepatutnye. Mungkan ini sume tak layak sebagai Jihad Fisabilillah, tapi apa salahnya kita membantu. Kalau kau tak pentingkan semangat keagamaan, aku rasa semangat kemanusiaan pun cukup lah. In shaa Allah :)

P/s: Like lah page2 kat fb contohnya https://www.facebook.com/syria.care?fref=ts untuk tau ape-ape update atau bantuan yang boleh kita bagi.



ALLAHUAKBAR!

You Might Also Like

0 comments

Like us on Facebook

Flickr Images